Sunday, April 10, 2011

Tips Untuk Suami Bahagiakan Isteri

PRODUK berikut .... mampu membuatkan ISTERI ANDA tersenyum GEMBIRA






Thursday, September 9, 2010

Tips Keluarga Bahagia




TIPS KELUARGA BAHAGIA

1. PUJI ... iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK ... yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN ... di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN ... yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN ... kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN ... iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN ... di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. PERMOHONAN ...  iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

DOA selepas solat juga boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


Sunday, September 21, 2008

Tips Menggoda Suami

Tips Menggoda Suami Ke Ranjang
1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. 

Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.
 

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misai atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.


12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.